Wednesday, October 6, 2010

Kucing

Sebut sahaja nama haiwan ini, pasti ramai diantara kita terbayang seekor kucing yang cantik, gebu dan memiliki bulu yang halus serta ada pelbagai warna. Tidak kurang juga ada yang memiliki mata yang pelbagai warna dan saiz besar dan kecil.

Kucing merupakan haiwan yang paling disayangi oleh rasulullah. Di sini saya ingin kongsikan beberapa potong kisah, perkaitan antara nabi kesayangan kita dengan haiwan yang manja ini.

Ketika Nabi Muhammad hendak mengambil jubahnya dan mengetahui bahwa seekor kucing sedang tidur di atas lengan jubah tersebut, Nabi Muhammad pun memotong lengan jubah yang digunakan tidur oleh sang kucing dengan tujuan agar tidak membangunkan tidur si kucing.

Lihat! Betapa kasih dan sayangnya kekasih Allah ini kepada haiwan yang bernama kucing ini. Beliau begitu sayang akan binatang. Nabi kita memiliki sifat kasih dan sayang bukan sahaja pada umatnya, bahkan pada binatang juga. Subhanallah! Jadi, sebagai umatnya, kita perlu mencotohi sifat dan perasaan yang sama sepertinya.

Saya juga ada membela seekor kucing. Kucing ini hadiah daripada rakan mak saya. Kerana kasih dan sayangnya mak saya kepada kucing, maka rakannya menghadiahi mak saya seekor kucing. Kucing ini sangat manja dan aktif. Sekejap ada di ruang tamu bermain dengan mak, sekejap ada di dapur meminum susu. Sangat aktif dan comel. Lupa pula, kucing ini bernama Hero kerana ia merupakan seekor kucing jantan. Hero merupakan kucing yang berbaka parsi, yang terkenal dengan bulunya yang tebal dan halus.

Sebelum kehadiran Hero di dalam keluarga kami, suasana seperti biasa-biasa sahaja. Tapi, setelah kehadirannya, suasana berubah. Seluruh keluarga begitu ceria melihat gelagatnya yang tergolek ketika bermain kain benang mak, melompat ke atas kerusi sambil menangkap tangan adik. Sangat melucukan ketika melihat aksinya yang begitu comel. Ayah yang pada mulanya agak berat untuk menerima Hero di dalam keluarga kami akhirnya luntur juga akhirnya apabila melihat Hero begitu seronok sekali bermain dengan seluruh ahli keluarga kami.
Ada satu malam, ketika ayah hendak tidur di ruang tamu, Hero datang kepada ayah. Pada ketika itu, saya masih berjaga. Saya melihat ayah bermain dengan Hero! Ayah yang sebelum ini tidak begitu suka kepada kucing akhirnya berubah hati. Subhanllah! Dengan hanya melihat telatah seekor haiwan sahaja sudah boleh menjentik hati kita. Itulah kehebatan makhluk tuhan ini, mampu menarik minat insan yang bergelar manusia ini.



Jadi, kita sebagai umat nabi Muhammad perlu mencontohi sikap dan sifat kekasih Allah ini terhadap binatang. ^__^

2 comments: