Saturday, August 28, 2010

Melayu VS Cina

Di sini, saya ingin berkongsi pengalaman saya mengenai kerajinan orang cina dan kemalasan orang Melayu kita. Kisah ini berlaku ketika saya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman saya baru-baru ini. Ketika itu, saya berada di dalam bas yang dalam perjalanan ke Batu Pahat, kampung halamanKU. Pada ketika itu, jam menunjukkan jam 5 pagi, dan sesudah saya berhenti untuk bersahur di Tangkak. Ketika saya memandang ke luar tingkap, saya melihat dua orang cina tua, sedang menyusun surat khabar yang akan dijual pada hari itu. Mereka sangat tekun dalam menjalankan tugas. Perkara ini sangat menarik minat saya. Pada hemat saya, mereka sangat rajin dan tekun dalam melakukan kerja yang memberikan mereka rezeki. Apa yang menarik minat saya, mereka ini sudah lanjut usia, namun masih bertenaga untuk mengangkat bebanan surat khabar yang berat itu, dan yang lebih penting, mereka ini orang cina. Perkara ini memberikan maksud yang begitu mendalam kepada saya. Bila saya mengenangkan nasib kaum saya, atau lebih senang orang Melayu, saya rasa sangat kecewa. Saat orang lain pergi ke sekolah, ke tempat kerja, ke masjid dan surau, orang Melayu pergi ke warung-warung untuk minum secawan teh yang tak pernah habis. Lepas secawan, secawan lagi diteguknya. Ada juga yang sedang sibuk di jalanan, merempit tak sudah. Apa nak jadi dengan orang kita ini? Ke mana hala tuju kita? Adakah hanya bangun bila matahari sudah terpacak di atas kepala, baru hendak bangun. Lepas je bangun, terus pergi ke kedai mamak, melepak bersama teman-teman yang menceritakan tentang orang lain yang tak pernah habis. Di mana silap kita? Jadi, untuk menjadi insan yang diredhai, kita perlu memilih untuk menjadi orang yang berjaya, bukan hanya menjadi orang melakukan perkara yang sia-sia.

Harapan saya, kita akan sama-sama bangun dari lena yang panjang. Bangkit bersama-sama yang lain, untuk memajukan diri kita khususnya, dan masyarakat Melayu kita amnya. Tuhan telah menyebut di dalam kalam-Nya.

13:11. Baginya pengiring, di depannya dan di belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Allah tidak mengubah apa yang di dalam satu kaum sehingga mereka mengubahi apa yang di dalam diri mereka sendiri. Dan jika Allah menghendaki keburukan bagi satu kaum, tidaklah ada pengembaliannya; selain daripada-Nya, mereka tidak ada pelindung.

Jadi, kita sebagai hamba-Nya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mendapat keredhaan-Nya, supaya kita sentiasa merasa diri kita ini hamba kepada-Nya..
InsyaAllah..(^_^)



Thursday, August 19, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Sempat juga menulis blog ni walaupun tgh sibuk menyiapkan tugasan yg sangat banyak...(^_~)

Alhamdulillah,bertemu jga kita dgn bulan yg penuh keberkatan ini. Bulan yg paling dinanti oleh hamba-Nya yg beriman, kerana pada bulan ini, semua amalan mendapat ganjaran yg dilipat kali ganda. Takkan kita nak lepaskan mcm tu saja. Walaupun kita melakukan sekecil amalan pun akan mendapat pahala yang sangat besar di sisi-Nya. Pada bulan ini, syaitan dan iblis telah dirantai, pintu neraka telah ditutup serapat-rapatnya dan pintu syurga dibuka oleh Allah dengan seluas bukaan. Ada hadis yg berkaitan dgn penutupan pintu neraka dan pembukaan pintu syurga ini.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan." -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Nak menunjukkan bahawa bulan ini adalah bulan untuk kita tingkatkan amalan kita yang selama ini hanya suam-suam kuku sahaja. Kita perlu meningkatkan amalan kita pada bulan ini sebanyak yang mungkin untuk kita mendapat keberkatan Kita perlu berusaha untuk melawan nafsu yang selama ini merajai kita. Nafsu ni pulak ade banyak jenis,antaranya nafsu makan, nafsu tidur dan nafsu macam-macam lagi lah. 

Banyak peristiwa besar yang melibatkan sejarah Islam yg terjadi pada bulan ni,antaranya penurunan Al-Quran, kitab yg menjadi pegangan kita yg tak akan terhapus sampai hari kiamat nnti. Sejarah lain yg berlaku pada bulan ni jgak adalah peperangan Badar,di mana tentera Islam pada ketika itu cuma seramai 300 orang mmpu mengalahkan 1000 orang bala tentera musyrikin. Tgok, betapa hebatnya iman nabi kita dan para sahabat pada ketika dahulu,mampu berperang waalaupun dalam keadaan berpuasa. Cuba kita lihat pada zaman sekarang ni. Ada orang yg x puasa,hanya kerana x sahur pagi. Lemahnya iman kita pada hari ini, nak dibandingkan dgn iman para sahabat. Mmg sgt jauh perbezaannya. Sahabat nabi dahulu cuma berbuka dgn sebuji kurma dgn segelas air, namun mampu berjihad di jalan Allah. Kita?? Bersahur dgn mcm2 jenis mkanan.
Murtabak, nasi ayam, kuih talam dan banyak lagi juadah yg hanya ada pada bulan ini sahaja. Bulan ramadhan bukan bulan untuk kita makan makanan yg enak2,tapi bulan yg kita kena sama2 perbanyakkan amal ibadah. Saya sgt tertarik dgn salah satu ayat yg saya dengar di dalam ceramah

"Janganlah kita menyambut ramadhan al-murtabak,tapi sambutlah bulan ramadhan al-mubarak"


Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghayati dan mencari sebanyak mungkin amal ibadah di dalam bulan ini, kerana setahun hanya sekali kita berjumpa dengan bulan ini. Ada orang yg x sempat nk jumpa dgn bulan ini,dah dijemput oleh pencipta-Nya. Jadi, marilah kita sama-sama tingkatkan amalan kita,selagi kita masih berkesempatan untuk melakukannya.

Di sini, terdapat satu seloka yg saya ingin kongsikan untuk renungan kita bersama...(^_^)


Sinar senja di mega Shaaban
Menyambut tetamu bulan Ramadhan
Berbuah tangan sejuta tawaran
Belas kasih Tuhan yang Rahman
Setiap amal diganda kurniaan
Setiap huruf berlipat balasan
Syaitan terbelenggu berkurang peranan
Tinggal nafsu menanti latihan
Hajat dan keinginan dikekang ditahan
Seperti haiwan dalam kurungan
Perlu dijinak dengan al-Quran
Bersama zikir hati dan lisan
Bersahur jangan diawal-awalkan
Berbuka pula jangan dilewatkan
Beragama jangan melampaui suruhan
Atau dikurang dan ringan-ringankan
Bersedekah bertilawah tadabbur al-Furqan
Hiasan Ramadhan jangan abaikan
Hasut bermusuhan dibalas jangan
“Aku berpuasa” slogan kemenangan
Berjamu selera jimat-jimatkan
Makan sekadar menurut keperluan
Gaza kelaparan jangan dilupakan
Banjir Pakistan jangan disepikan
Qiyam Ramadhan jangan ketinggalan
Solat Fardhu paling diutamakan
Jaga telinga jaga penglihatan
Bersih diri, hati dan keimanan
Andai ini Ramadhan perpisahan
Pulanglah dengan sejuta keampunan
Buat yang terbaik jadikan keazaman
Bersama-sama kita doakan…

p/s: saya baru belajar menulis blog ni.kalau ada tersilap,harap dapat beri tunjuk ajar...=)