Saturday, October 9, 2010

Solat atau Sembahyang??

Assalamualaikum, salam sejahtera & salam perpaduan.

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu, yang berkaitan dengan perbuatan yang kita lakukan setiap hari, setiap masa iaitu solat. Pelbagai persoalan dan kemusykilan yang menghantui diri kita, tapi kita tidak tahu bagaimana nak tanya, atau segan untuk bertanya. Baru-baru ini, saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan tentang perbezaan antara solat dan sembahyang. Mari sama-sama kita timba ilmu yang berkaitan dengan dua istilah ini. ^__^

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.”

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.” Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka.

Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. Pergi “Sembahyang Subuh,” kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya. Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

p/s: SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!

2 comments:

  1. Sahih!..:)

    mmg la..sebut pun dah tahu,mana yg betul,mana yg salah...tp ni la kelemahan org Melayu..huhu...ade je istilah2 yg disalahguna...Ha,cikgu,tugas anda!..:p

    Opss..tugas kita semua yg bergelar PENDIDIK..huhu..Syukran for this info!..^^

    ReplyDelete
  2. insyaAllah,akan menjlnkan tugas dgn penuh ikhlas.mendidik dan mentarbiah anak2 didik zaman ini.^__^

    ReplyDelete